Jumaat, 10 Jun 2011

Kek Coklat



Sebenarnya kek kat atas tu adalah percubaan pertama saya dlm jualan kek coklat. Itu pun setelah dipujuk rayu oleh seorang kawan. Mulanya memang la berat nak terima sebab dh la barang x cukup lepas tu periuk kukus pun cam ala2 zaman jepun je camana saya nk siapkan 20 biji tu. Bila tanya cik abg dia pun kata ok , saya terima. Kawan saya ni yang byk memberi sokongan pada saya sebab dia kata kek saya boleh diketengahkan..(ntah apa yg ketengah ketepi saya pun x tau..) Dan dia jugalah yang menjadi supplier saya pada hari raya tahun lepas. 20 biji kek walaupun tak banyak tp cukup memberikan cabaran untuk saya.


Masa nak buat kek ni memang tersangatlah byk dugaannya. Salah satunya ni ha...>


>


>


>


>


>



Aliff demam la pulak..Lepas tu kek yg dh siap jadik cam ni lak

>

>

>

>

>

>

Lg 1 dh la belum pro lagi..tu yg menggigil2 tangan. tak tau la kat mana silapnya..rasanya dh tgk resipi berulang2 kali..tapi alhamdulilah sbl raya saya dpat siapkan..Sampaikan Aliff terpaksa saya hantar ke baby sitter sebab nak siapkan kek2 coklat ni. Terima kasih la pada nanny Aliff. Jasa mu tetap akan ku kenang.

Super Moist Eggless Chocolate Cake

Saya ambik resipi dr sini. Terima kasih kak dayang.

Bahan-bahan : loyang 6-7 inci
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 cawan serbuk koko (DJ guna Cap Kijang)
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1 1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
  • 1 cawan gula perang
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
  • secubit garam
  • 1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
  • 1 sudu kecil cuka atau jus lemon
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
  2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
  3. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
  4. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.
  6. Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.



Khamis, 9 Jun 2011

Kuih Tako

Saya suka sangat dengan kuih tako. Lebih2 lg kalau bulan posa tu nampak ada kat bazar ramadan memang tak pernah 'miss' punya lah...Tapi paham-paham jer la bulan posa..kadang-kadang bila dapat yang sedap diam la mulut saya ni..tapi bila dapat yang rasanya fail tu lah yang buat angin tetiba naik 1 badan.Saya memang tax tau macam mana nak buat kuih tako ni. Selalu gak mencari resipi tapi tak pernah nak cuba. Tapi bila saya tengok resipi kuih-tako ni mudah sangat. Tu yang saya mesti cuba supaya next time saya tak payah nak beli lagi bila teringin nak makan.
Kuih tako yang sudah siap tapi dimasukkan ke dalam bekas.
Sengkuang ditabur dulu di dalam acuan dari daun pandan
Potong sengkuang kecil-kecil
Bancuhan bahagian bawah
Tuang bancuhan dalam acuan dan masak bahagian atas pula
Lelaki pun boleh buat juga, tentu sinang bah!


BAHAGIAN BAWAH

sengkuang cina

1 cawan tepung jangung (diayak)

11/2 cawan gula pasir

6 cawan air

pewarna hijau


BAHAGIAN ATAS

1 cawan tepung jagung (diayak)

6/7 cawan santan segera yang dilarut bersama air

sedikit garam


CARA MEMBUAT

1. Buat acuan dari daun pandan macam bentuk sampan.

2.Campurkan semua bahan untuk bahagian bawah dan kacau atas api hingga pekat. Tuang dalam daun yang telah tersedia sengkuang dipotong kecil.

3. Campurkan semua bahan untuk bahagian atas dan kacau atas api hingga pekat. Tuang dalam daun.

4. Biarkan sejuk dan sedia untuk dihidang.

Rabu, 8 Jun 2011

Yee Mee

Walid Aliff memang suka makan..Biasanya kalau hari Selasa (malam dia ada training Badminton) dia tak bagi saya masak berat-berat sebab dia risau tak boleh nak perform game mlm tu. Saya pun hari ni mencari resipi apa yang sesuai setelah berhari-hari makan mihun sup dan yang Aliff juga boleh makan together-gether dgn kami.

Tengok resipi ni ni cam mudah jer balik kejer jer saya cari bahan apa yang tak ada di rumah.

Ni saya tepek kan resipinya..

Yee Mee Kungfu

BAHAN A
yee mee

BAHAN B (hiasan)
udang (dibuang kulit dan digoreng)
isi ketam (direbus)
sawi/kailan/brokoli (dicelur)

BAHAN C (KUAH)
1 senduk sos tiram
3 ulas bawang putih (dicincang)
1 biji telur
2 sudu tepung jagung (dilarutkan di dalam air)
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
air

Cara membuatnya:

Panaskan minyak didalam kuali dan masukkan bawang putih. Tumis bawang putih sehingga naik bau dan kekuningan. Kemudian masukkan air (mengikut sukatan kuah yang diperlukan. biasanya 3-4 gelas). Apabila sudah mendidih, masukkan sos tiram dan kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan garam dan tepung jagung. Apabila telah pekat, pecahkan telur dan kacau sehingga masak.

Untuk menghidangkannya, masukkan yee mee ke dalam mangkuk, dan tuangkan kuah yang mendidih tadi diatasnya. Kemudian, susun sawi, udang dan isi ketam di atas hidangan dan tuangkan sedikit kuah di atasnya....SIAAAAAPPPPPP!!!!!!!!!



MINIBIKE ALIFF VS SUPERBIKE WALIDNYA..

Ni sebenarnya superbike impian walid Aliff..Superbike Hayabusa..Saya pun minat gak dgn superbike ni..apa taknya bila lalu kat highway nampak jer group superbike ni rasa teruja sangat..mesti syok klu dok kat belakang tu kan..hehe..tapi entah bila impian Walid Aliff akan tercapai x tahu lah kan hehe..Insyallah..ada lah rezeki dia nanti ..



2011 suzu...




Nak tunggu Hayabusa tu ntah bila , saya pun teringin belikan minibike utk Aliff walaupun Aliff tak mintak ..walaupun Aliff lum pandai bawak sebab dia masih cinonit lg..(dulu masa saya kecik nak dapat anak patung pun susah..)




Tengok la gaya si Aliff ni..bukan main bergaya lg dgn minibike dia..jgn marah yer walid..Aliff dh dapat dulu..

RINTIHAN TAUBAT

Yaa Allah...

Maafkanlah segala kekuranganku.

Engkau Maha tidak memerlukan dari menyiksaku.

Karena sesungguhnya semua dosa-dosa ku tidak merugikan-Mu.

Begitu pula semua ketaatanku tidak menguntungkan-Mu”

Yaa Allah...,

Pindahkan aku dari hinanya maksiat kepada kemuliaan Taat!

Ya Allah,

Walaupun aku begitu jauh

dari hamba-hamba Mulia Pilihan-Mu,

Hamba Mohon…

Kokohkanlah kakiku untuk melangkah dijalan-Mu…

Kokohkan Jiwa dan hati-ku untuk menggapai Ridha-Mu,

Kokohkan Iman-ku sampai akhir nanti…

YA ALLAH Yang Maha Mulia,

Muliakanlah kami dengan ketakwaan…

Ya Rabb…

Aku bersimpuh dihadapan-Mu

Aku memohon dengan kemulian-Mu atas kehinaanku

agar engkau mengasihiku

Aku memohon dengan kekuatan-Mu atas kelemahanku

Ketidakbutuhan-Mu atas ku dan Kebutuhanku atas-Mu

Inilah wajah yang pembohong dan pendosa dihadapan zat-Mu

Hamba-MU selainku banyak,

sedang aku tidak memiliki Tuhan selain-Mu

Tak ada tempat kembali

Tak ada yang bisa menyelamatkanku

Selain penyelamatan dari-Mu

Aku memohon dengan permohonan orang miskin

Aku berzikir kepada-Mu

dengan zikir orang yang rendah hati dan Hina

Aku memohon kepada-Mu

dengan permohonan orang yang takut dan sakit

Sebuah permintaan dari orang yang dirinya merendahkan diri pada-Mu

Saat ini aku mengadu pada-Mu

Merintih di haribaan-Mu

Untuk hatiku yang kelam…

Untuk Jiwaku yang sakit…

Untuk dosa-dosaku...

dimasa lalu, sekarang dan yang akan datang

Ya Rabb…

Ampuni dosa-dosaku

Bersihkan hati ini….

Sucikan jiwa ini…

Tentramkan batin ini…

Singkapkan tabir antara Engkau dan Aku ..

Ya Allah…

Aku takut….

Aku Gamang …

tentang masa depanku…

Aku tidak kuat azab-Mu

Bila kelak hari perhitungan itu datang

Saat Engkau menegakkan keadilan-Mu

Bagaimana aku menghadap-Mu ?

Bahu ini tidak akan sanggup memikul dosa-dosa

Akibat kezalimanku

Yaa Rabb…

Andai waktu masih ada

Di sisa usia ini ….

Aku bertobat pada-Mu

Agar ringan kaki melangkah Menghadap-Mu

Aku ingin Engkau tersenyum Menyambutku…

Merangkulku dengan kasih-Mu …

Membelaiku dengan Cinta-Mu

Merindukanku seperti saat ini aku merindukan-Mu

Senyuman dari Sang Maha Pengasih…

Ya Rabb Hamba kembali….

Hamba kembali ke jalan-Mu

Ya Allah… YA Tuhanku,

Sungguh dosa-dosaku hari ini

dan hari yang telah lalu berlimpah.

Hamba tidak kuasa menghitung dan menjumlahkannya

Hamba tidaklah kuat untuk menerima azab neraka

Juga tidak mampu bersabar dan tidak pula tabah atasnya.

Maka lihatlah wahai TUHANKU pada kelemahan hamba dan kehinaan hamba

Jangan biarkan hamba merasakan panasnya neraka pada esok hari (kiamat)“

Ya Tuhanku ,

Tak layak bagiku menghuni surga Firdaus-Mu,

namun aku tak kuat bila menempati neraka Jahim-Mu.

Maafkanlah semua kesalahanku

dan ampunilah semua dosaku

Karena hanya Engkaulah

yang mengampuni dosa-dosa yang besar dan yang kecil.

Ya Allah

Seandainya ini adalah hari terakhir hidup-ku

maka terimalah taubat-ku ini karena begitu banyak dosa yang telah kulakukan

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

“Ya Tuhan, berilah kami

Mencari Yang Terlalu Sempurna



Dalam saya sibuk mengumpul koleksi resipi saya telah terbaca satu bingkisan yang buat hati saya tercuit. Macam tu lah yang saya selalu rasa..kadang-kadang seperti terlupa untuk bersyukur dengan apa yang telah saya miliki. Subhanaullah..Mari kita renungkan bersama-sama.


Jika kamu memancing ikan...



Setelah ikan itu terlekat di mata kail,



hendaklah kamu mengambil ikan itu...



Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia



semula ke dalam air begitu saja...



Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya,



ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.





Begitulah juga...







Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...



Setelah ia mulai MENYAYANGIMU,



hendaklah kamu MENJAGA hatinya...



Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja...



Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu,



dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...





Jika kamu menadah air biarlah berpada,



jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia



begitu teguh... cukuplah sekadar keperluanmu...



Apabila sekali ia retak... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula...



Akhirnya ia dibuang...





Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan



lagi...





Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya...



Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu



istimewa...



Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan



mudah bagi kamu untuk menerimanya...



Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.





Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga



ke akhirnya....







Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi,



yang kamu pasti baik untuk dirimu...



Mengenyangkan. Berkhasiat.



Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain...



Terlalu ingin mengejar kelazatan...



Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya...



Kamu akan menyesal.







Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan,



yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.



MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...



Mengapa kamu berlengah,



cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.



Terlalu mengejar kesempurnaan.



Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain



Kamu juga yang akan MENYESAL...