Sedikit tepung gandum
Isnin, 31 Oktober 2011
Lempeng & Kentang
Sedikit tepung gandum
Minggu Menge'Cheese'
Khamis, 27 Oktober 2011
Projek Cuti Panjang
Hari ni sampai Isnin terpaksa ambil cuti sbb baby sitter Aliff g KL anak dia Konvo..Kebetulan lak sy kena abiskan cuti sbl 31 Disember ni..Nk travel hubby lak x der cuti..so ddk la rumah..
Paru Hati Ku
Deepavali's Muffin
Tart Zai Manis ke N9
Isnin, 24 Oktober 2011
Cari Ilmu 2
Cari Ilmu 1
Jumaat, 21 Oktober 2011
Wanita Redha
Jumaat iaitu hari penghulu hari tiba lagi..alhamdulilah dipanjatkan kesyukuran kerana kita masih lagi bernafas diwaktu dan saat ini. Pagi tadi sempat meluangkan masa membaca Yassin dan bacaan tahlil di HQ..Mudah2an diterima Allah s.w.t hendaknya.
Memandangkan hari ni hari yang penuh keberkatan saya ingin share kan video klip ini untuk renungan kita bersama.
Saya terpegun dengan kepetahan ustazah Laila ni berbicara..Bukan saja cantik tapi penuh berilmu..Betapa terasa kerdilnya diri ini..betapa daifnya diri ini sejak bergelar isteri. Terlalu banyak kekurangan yang ada dalam diri ini rupanya tanpa kita sedari.
Semoga bila mendengar klip ini menjadikan kita seorang isteri yang lebih taat dan sentiasa mendapat keredhaan daripada suami kita hendaknya..
Jom kita dengar2kan..renung2kan dan selamat beramal :o)
Rabu, 19 Oktober 2011
Me'Roti (2nd Edition)
Selasa, 18 Oktober 2011
Cubaan Membaking Roti (1st Edition)
Hari ni saya nak berkongsi cerita pasal cubaan saya nak membuat roti ni..Hajat dihati memang la besar..tengok resipi dh macam2 resipi ni..tapi x sempat2 nak mencuba..bahan2 pun semua dh ready..cuma masa jer x ada nk membuatnya..Pagi2 sbl subuh dh bangun dah ni..nasib baik x ternigau2 panggil sang roti hehe..
Isnin, 17 Oktober 2011
Cantiknya Rumah Itu..
Cumanya..bila melihatkan harganya yg cukup "KAWWW"tu terpaksalah kami simpan niat kami nak memiliki rumah tu..
Jumaat, 14 Oktober 2011
Tart Time
Khamis, 13 Oktober 2011
Bukakan Pintu...
Di subuh yang hening...
Sebenarnya adunan tart ni dari semalam dah siap uli tapi belum ada kesempatan nak isikan fillingnya..Asik sibuk memanjang je...Hari ni pagi2 sebelum subuh dah bangun..lbh kurang pukul 5 la cam tu..tu pun klu Aliff tak bangun mau terlajak sampai pukul 6.. Semangat..semangat....dalam kepala ligat nak buat fruit tart dgn tart telur ni..dalam kepala dok fikir sempat ke tak nak siapkan sebelum pukul 7 ni...aduhaii..kelam kabut gak dibuatnya..tangan kanan dan kiri bergerak pantas...kira senaman jugak la tu kan..hehe.. alhamdulilah..dalam mengejar masa tu dapat gak siap untuk jamu kengkawan dan makan sendiri...tapi rasanya kurang menjadi sangat.. x macam yang k.liza ajar hari tu...tak tau la mana silapnya ..tak per..nanti study balik apa yang tak kena..apapun..ni lah hasilnya..hubby kata sedap...kalau hubby dah kata sdp tu pass la maknanya hehe...alhamdulilah...seronok tu...
By packing...
1 box 6 pcs
Tart telur ku menjadi gak... :0
Tunggu masa nak dingap jer....
Untuk kengkawan kat ofis..dlm erti kata lain utk promote..hehe..
Selasa, 11 Oktober 2011
Allah Akan Mengganti Yang Lebih Baik
Assalamualaikum..
Siapa yang tidak gembira bila dikhabarkan akan menerima org baru dalam keluarga..Alhamdulilah setelah 1 tahun 7 bulan saya disahkan mengandung lagi anak ke 2 pada hari raya ke 2 tempohari.. Perkhabaran ini menggembirakan hubby dan terus diwar2 kan pd ahli keluarga. Tujuannya untuk memohon restu dan doa dari keluarga agar saya selamat sehingga melahirkan adik Aliff. Kusangka kan panas hingga ke patang rupanya hujan ditengahari..Dalam kgembiraan itu saya diduga & diuji..Saya mengalami pendarahan..Doa demi doa saya panjatkan tapi sayangnya Allah lbh menyayanginya..Saya keguguran ketika usia kandungan saya 7 bulan. Naluri saya sebagai seorang ibu sedikit terganggu tapi saya kena kuatkan semangat. Semoga ada hikmahnya atas semua ini..Saya terjumpa artikel ini dan penjadi pengobat kesedihan saya.
Allah tidak pernah mencabut sesuatu dari anda kecuali Dia menggantinya dengan yang lebih baik. Tetapi, itu apabila anda bersabar dan tetap redha dengan segala ketetapanNya."Barangsiapa yang Aku butakan kedua matanya lalu ia bersabar, nescaya akan Aku ganti dengan syurga." (Al-Hadith)"Siapa saja orang di dunia ini yang kekasihnya Aku cabut nyawanya, kemudian dengan cubaan yang Aku timpakan ini dia (bersabar dan) mengharap pahalaKu, nescaya akan Aku ganti dengan syurga." (Al-Hadith)Yakni; barangsiapa kehilangan anaknya tetap berusaha untuk bersabar, maka di alam keabdian kelak akan dibangunkan untuknya sebuah Baitul-Hamd (Istana Pujian).
Silakan anda qiaskan kejadian-kejadian tersebut dengan kehidupan anda, kerana yang dipaparkan di sini sekadar contoh.Maka anda tidak usah terlalu bersedih dengan musibah yang menimpa anda, sebab yang menentukan semua itu memiliki syurga, balasan, pengganti, dan ganjaran yang besar. Para wali Allah yang pernah ditimpa musibah, ujian dan cubaan akan mendapatkan penghormatan yang agung di syurga Firdaus. Itu tersirat dalam firmanNya:"Kesejahteraan dan kebahagiaan bagi kalian kerana kalian telah bersabar dalam mentaati Allah dan menerima cubannNya. Syurga adalah sebaik-baik tempat kesudahan." (Ar-Rad: 24)
Betapapun, kita harus melihat dan yakin bahawa di sebalik musibah terdapat ganti dan balasan dari Allah yang akan selalu berakhir pada kebaikan kita. Dengan begitu kita akan termasuk:"Mereka itulah mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Rabb mereka, dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk." (Al-Baqarah: 157)Ini merupakan ucapan selamat bagi orang-orang yang mendapat musibah dan khabar gembira bagi orang-orang yang mendapat bencana. Umur dunia ini sangat pendek dan gudang kenikmatannya pun sangat miskin. Adapun akhirat lebih baik dan kekal. Sehingga, barangsiapa di dunia mendapat musibah, ia akan mendapat kesenangan di akhirat kelak; dan barangsiapa hidup sengsara di dunia, ia akan hidup bahagia di akhirat.
Lain halnya dengan mereka yang memang lebih mencintai dunia, hanya menginginkan kenikmatan dunia saja, dan lebih senang pada keindahan dunia. Hati mereka akan selalu gundah-gulana; cemas tidak mendapatkan kenikmatan dunia dan takut tidak nyaman hidupnya di dunia. Mereka ini hanya menginginkan kenikmatan dunia saja, sehingga mereka selalu memandang musibah sebagai malapetaka besar yang mematikan. Mereka juga akan memandang setiap cubaan sebagai sesuatu yang gelap-gelita selamanya. Ini adalah kerana mereka selalu memandang ke arah bawah telapak kakinya dan hanya mengagungkan dunia yang fana' dan tidak berharga ini.
Wahai orang-orang yang tertimpa musibah; sesungguhnya tidak ada sesuatu pun yang hilang dari kalian. Kalian justeru beruntung, kerana Allah selalu menurunkan sesuatu kepada para hambaNya dengan "surat ketetapan" yang di sela-sela huruf kalimahNya terdapat suatu kelembutan, kasih-sayang, pahala, ada balasan, dan juga pilihan. Maka dari itu, siapa saja yang tertimpa musibah yang hebat, ia harus menghadapinya dengan sabar, mata yang jernih dan pola fikir yang panjang. Dengan begitu ia akan menyaksikan bahawa buah manis dari musibah itu adalah:"... lalu didirikanlah di antara mereka (orang-orang mukmin dan orang-orang munafiq) dinding yang mempunyai pintu, yang di sebelah dalamnya ada rahmat (syurga) dan di sebelah luarnya ada seksa (neraka)." (Al-Hadid: 13)Dan sesungguhnya apa yang di sisi Allah itu lebih baik, lebih abadi, lebih utama, dan lebih mulia
Sumber:Laa TahzanDr. Aidh Al-Qarni
Sayang..tunggu Ummi & Walid di Sana...
Selasa, 4 Oktober 2011
Jual Beli Emas
..Kalau dengar je memang la seronok..Sebenarnya ini adalah pelaburan jangka panjang. Kalau x cuba x tahu..betul tak..
Isnin, 3 Oktober 2011
Tunaikan janji
Sabtu, 1 Oktober 2011
Menyambut Menantu
jeng..jeng..jeng siap ko kucing...suka2 jer tdo atas pelamin ni..
taraaa....acah jerrrr...