Rabu, 25 Januari 2012

Gong Xi Fa Cai

Assalamualaikum..

Lama dah rasanya tak berblog..dh nak bersawang rumah kecil saya ni..sibuk sangat spi x sempat nk update..Alhamdulilah minggu lepas ada oder masuk..tu yang agak sibuk sikit. 

Hujung minggu lalu sempena CNY memang x de la plan nak ke mana2 tapi last minit jadik gak ke Mersing.  Tujuan asal nk melawat ibu angkat yg dh lama sgt x jumpa lebih kurang 3 tahun mcm tu..Tapi sayangnya dia orang x der kat rumah sbb ada kat Kuala Sedili. 

 Cari2 hotel semua penuh..phm2 je la cuti panjang macam ni..
Nasib baik la last minit call ada lagi kosong. Itu pun tinggal yang exec suite punya..Lang Suite. Mmg la mahal..tapi klu x mana lagi nak stay. 
Tapi alhamdulilah..bilik tu memang selesa untuk kami 5 beranak.


Ni la hotelnya..bersebelahan dengan sungai Mersing


Tengok bilik ni...besar kan....


Memang selesa..sesuai utk kami

Jadi kalau kawan2 klu ke Mersing tak tau mana nak stay, saya rekmen kawan2 stay di Hotel Timotel ni.

Salam angin lalu...


Ahad, 8 Januari 2012

The Making Of..

Selamat malam semua..

Actually dh lama teringin nak buat Pavlova ni..asik tengok org buat je mana leh tahan.  Sebab saya rasa kalau org lain boleh buat takkan saya tak boleh buat.  Lagipun teringin gak tau camana la rasanya keenakan pavlova ni spi orang dok tergila2 nak membuatnya.  Nak ambik kelas mahal sangat jadi study la guna kemudahan yang mmg dh tersedia kat depan mata ni apa lagi klu bukan kat notebook kesayangan hamba ni hehe..

Lama gak study wat menda ni..sbb takut x jadik..mmg klu 1 hari tu tak sah rasanya kalau tak tengok kat youtube ttg teknik membuatnya. Dan baru hari ni berkesempatan nak membuatnya sebab saya hubby tak balik kampung. Jd byk la benda2 yang saya boleh buat klu dh tak balik kampung tu.  Dan pertama kalinya saya  mencuba guna resipi ini.

Jom tengok apa jadi dengan percubaan pertama saya kali ini..




Ok juri2 sekalian..agaka2 menjadik tak pavlova saya dan agak2 berapa bintang nk bg kat saya yer..hihi...
Dan baru saya tau knp org tergila2 makan pavlova ni sebab rasanya mmg marbeles hingga boleh menjilat jari la.. (pastikan jari anda bersih sebelum makan..hihi..)


Rabu, 4 Januari 2012

Gula Oh Gula

Selamat malam semua..
Tentunya ada yang dah tidur dan dh spi ke bulan pun ..dan ada lagi yg masih mengadap komputer kan macam saya ni..saya ni kebetulan Aliff dah tidur. 
Mr B lak g main badminton jadi apa lagi..saya pun mula la menggoogle apa yg patut...
memang khayal la dibuatnya klu dh mengadap komputer ni..

Semua org tau gula kan..tanpa gula rasa kurang la hidup kita. 
Tiap2 hari memang setiap yg kita makan dan minum ada gula. Tapi jangan sampai jadi hamba gula dah la yer.  
Sebenarnya saya ni nak bercerita pasal gula ni dr segi pembuatan kek.  Sebelum ni saya tertanya2 apalah bezanya gula aising dengan gula castor tu.  Pada saya nama pun dh gula sama jer.. 
Gula biasa tu kalau kita kisar sendiri pun dh booleh jadi gula aising ataupun gula castor. 
Saya ni sekolah tak tinggi..mana nak tau gula gula tu semua ada beza.  
Rupa2nya saya silap. 
Jom kita tengok jenis2 gula ni.
Pada sesiapa yang tak pernah tau tu jom saya kongsikan..
Terima kasih pada Kak Noraini yang sudi share pasal gula ni yer..

Jenis-jenis gula dan kegunaannya


Di pasaran terdapat berbagai-bagai jenis gula. Samada untuk masakan harian ataupun untuk baking seperti membuat kek,biskut, roti dan sebagainya, kita hendaklah tahu kegunaan dan kesesuaian gula itu dengan produk yang hendak kita hasilkan. 
1. Gula pasir (coarse sugar)
Jenis ini adalah yang paling mudah didapati. Ia bewarna putih dan butir-butir gula agak kasar. Ia sesuai untuk kegunaan harian seperti membancuh minuman dan membuat kuih-muih. Jika anda hendak membuat gula hangus untuk puding atau kek,cairkan gula pasir ini diatas api yang sederhana hingga gula cair dan keperangan,kemudian baru dimasukkan air dan kacau hingga cair.

2. Gula halus (fine granulated sugar)
Gula halus jenis ini bewarna putih dan sesuai untuk membuat kek kerana butir-butir gulanya yang halus mudah cair apabila dipukul bersama mentega ataupun dipukul bersama telur.
3. Gula kastor (castor sugar)
Gula ini bewarna putih dan ianya pilihan yang paling ideal untuk membuat kek,biskut, pastri, roti dan lain-lain. Butir-butir gulanya lebih halus dari gula halus dan ia mudah cair apabila dipukul bersama mentega atau telur. Sekiranya gula ini tiada , boleh gunakan gula halus.
4. Gula aising (icing sugar/confectioners sugar)
Gula ini adalah yang paling halus dalam kategori gula putih. Ia bukan 100 peratus gula kerana telah dicampur dengan sedikit tepung jagung. Ia jarang digunakan dalam pembuatan kek tetapi ada digunakan dalam pembuatan biskut jenis piping untuk mendapatkan tekstur yang lembut supaya mudah dipicit keluar.Gula ini biasa digunakan untuk membuat aising mentega dan membuat fondant atau pes gula (sugarpaste).
5. Gula perang (brown sugar)
Terbahagi kepada dua jenis iaitu light/dark brown.Biasanya warna yang lebih gelap mempunyai rasa gula perang yang lebih kuat. Gula perang ini selalunya kasar dan saya selalu kisar supaya ia lebih halus dan mudah dipukul bersama mentega. Gula perang ini selalunya digunakan untuk membuat biskut seperti cip coklat,biskut halia, kek buah-buahan dan lain-lain yang memerlukan rasa gula yang lebih kuat.
6. Gula merah/gula melaka/gula kabung
Gula ini selalunya digunakan untuk membuat kuih-muih tempatan seperti kasui, kuih lompang,kuih buah melaka dan sebagainya. Gula merah biasanya berpasir.Setelah melarutkan dalam air panas, ia hendaklah ditapis bagi membuang kotorannya. Gula melaka dan gula kabung agak keras dan memerlukan pisau untuk membelahnya. Rasa kedua-dua gula ini lebih sedap dari gula merah biasa. Ianya dijadikan inti untuk kuih buah melaka.
7. Sirap emas (golden syrup)
Ia bewarna keemasan dan rasanya seakan rasa gula hangus tetapi tidak sekuat rasa gula hangus yang asli. Ia adalah bahan sampingan dari pemprosesan gula. Ia selalunya menjadi bahan penambah rasa untuk biskut, kek atau pencuci mulut.
8. Gula hitam (treacle @molasses)
Adalah bahan sampingan dari pemprosesan gula dan ia bewarna gelap seakan kehitaman. Digunakan sebagai bahan penambah rasa untuk kek dan pencuci mulut ala barat.
9. Sirap gula (corn syrup/glucose syrup)
Cecair jernih yang pekat. Dihasilkan secara komersil untuk memudahkan tugas membuat aising krim mentega atau fondant tanpa perlu membuat sendiri sirap gula
So selepas ini klu nak buat kuih ke  kek ke kena pastikan kita gunakan gula yang sesuai yer.
Sharing is caring :o)

Isnin, 2 Januari 2012

Akhirnya..

Ingat tak yang saya cakap barang saya yang hilang  hari tu..sampai sekarang saya tak jumpa2 lagi barang tu..ntah dh sampai mana agaknya barang saya tu agaknya..
Nak tak nak saya terpaksa la beli yang lain sebab nak guna..
>


>


>


>




Ni la bendanya..
Kertas wrapping chocolate yg telah hilang entah ke mana tu..


 Hai wrapping chocolate manalah ko menyorokkan diri...

Dh berhari2 ko tak pulang ke rumah huhu..
Semoga kau bertemu jalan pulang..

 

Ahad, 1 Januari 2012

Kuih Deram@Telinga Keling @ Kuih Cincin

Amboi..byk benor nama kuih ni kan.. Utara nama lain, barat nama lain, selatan lak nama lain.  Memang dh merata terkenal kuih ni kan..
Saper lah yg mencipta kuih ni kan  sehingga leh dikenali seantero dunia gitu..
Saya pun suka lah jugak dengan kuih ni.  Lagi sekrg ni sizenya makin comel lg sedap utk dimakan.  
Actually mak saya rajin juga buat kuih ni tapi saya x pernah la pulak mintak resipi dari mak saya. Setelah saya google2 jumpa la kat sini
Tq yer si Cinta Manis.


 Bahan :
1 gelas air
500g tepung beras
500g gula merah

Cara:
1. Cairkan gula merah bersama dengan 1 gelas air masak dengan api perlahan.
2. Apabila gula telah cair (air gula), tapis air gula tersebut untuk membuang kotoran dan pasir.
3. Didihkan semula air gula dan terus masukkan tepung beras.
4. Gaul rata dan biarkan semalaman.(tp saya biar 2 malam..jadi lagi sedap sbb tepung dan gula dah sebati )
5. Kemudian, bulat2kan tepung..kalau suka besar, bulat la besar.Pastikan bekas yang diletakkan tepung tersebut telah diletakkan sedikit minyak supaya tepung tidak melekat.