Isnin, 27 Januari 2014

Main Bahasa Dengan Anak

Bila anak makin membesar ni memang banyak cabarannya. 
Kadang2 soalan yang ditanya sukar nak dijawab. 
Kebetulan hari ni terbaca dari FB member berkenaan dengan perkara ini. 
Jom kita kongsi2 bagi sape2 yg mempunyai anak yang berusia 4 tahun seperti Aliff.

JAnak 4 tahun sepatutnya lancar bercakap, boleh bersembang dengan orang dewasa dan suka bertanya soalan.


Berikut ialah antara cara yang boleh dilakukan untuk mengembangkan kemahiran otak kiri si anak.

1) teka haiwan.

- binatang apa yang takde kaki?
- binatang apa yang suka melompat?
- binatang apa yang suka makan ikan?


2) menamakan 5 item.

- namakan 5 haiwan yang ada di rumah?
(Cicak, nyamuk, semut, kucing, ikan)
- namakan 5 jenis benda yang dijual di pasar malam.
(Sate, ayam goreng, buah, ikan, mainan)
- namakan 5 jenis kenderaan di jalan raya.
(Kereta, bas, lori, motor, traktor)


3) teka perkataan dari suku kata.

- apa perkataan yang mula dengan ‘ma’
(Main, mandi, mama, masuk, makan)
- apa perkataan yang akhirnya ada ‘kan’
(Makan, ikan, bukan, tekan, sukan)
- apa perkataan yang ada bunyi ‘sss’ kat tengah?
(Kasut, basuh, biskut, pisang, tesco)
* aktiviti ini mesti dibuat secara main-main dan guna memek muka yang kelakar. Kalau tak, ia menjadi bosan.


4) berlakon jadi…
- aktiviti ini lebih menarik jika ada topeng atau puppet. Ibu pegang satu watak dan anak jadi watak lain.
- sembang perkara mudah saja. Contohnya ibu jadi kucing, anak jadi ironman. Jadi ibu kena berlakon dan tanya soalan mudah? ‘Ironman ni dah makan ke belum?’ ‘Iron tinggal kat mana?’

- bermainlah dengan imaginasi anak anda dan anda akan akan dapat jawapan yang tidak

Sumber : Rubyatika

My Bisnes

Ini lah dunia baru saya selain mengadap kerja 8.30 to 5.30 setiap hari.

Kekonon untuk mengisi masa lapang tetapi ...

akhirnya menjadi sumber pendapatan sampingan kepada saya.

Terima kasih pada rakan-rakan yang sentiasa membuat tempahan

 dan tidak jemu repeat oder dengan saya.

 Semoga kurniaan yang ada pada saya ini dapat memberikan nilai hidup 

kepada rakan2 ku yang ku sayang. (pinjam kata2 Datuk Azizan Osman :o))

Rapuh


Suka sangat dengan lagu ini.  

100 kali dengar pun tetap tak muak

Lagu yang sentiasa menyebabkan airmataku mengalir

Ya Allah ampunilah dosa hambamu ini

Ya Allah saat ini hatiku begitu rapuh.

Ku harapkan kekuatan dariMu Ya Allah


Si Jantung Hati Kami

Ini lah wajah2 kesayangan hamba..
Muhammad Aliff Nazmi ditika ini berusia 3 tahun 11 bulan.
 Muhammad Zhariff Sufi disaat ini berusia 11 bulan. 
Umi dan Walid sayang kan kamu hingga hujung nyawa.


Bukan main bergaya dengan baju baru Harimau Selatan ni.. 
sampaikan suruh pakai seluar jeans pun tak nak.





Aliff nak follow atok, nenek & mak anjang g jemputan kat Batu Pahat.
Walid & umi tinggal ehh!!



Muhammad Zhariff Sufi
Pandangannya menyejukkan hati kami.

Khamis, 16 Januari 2014

Dugaan Di Musim Buah 2014

As Salam semua,

Ketika cerita ini ku tulis, bapak dah hari ke 7 menahan sakitnya.  
Kasihan bapak.  Siapa sangka pokok yang selama ini memberi pendapatan kepada bapak akhirnya 'memakan' tuan.  
Bapak jatuh dari pokok duku hari Jumaat 10/1/2014. 
Subhanaullah..
Sabar lah bapak ye..Semuanya telah tertulis. 
Semoga bapak cepat sembuh dan pulih seperti sedia kala.  Amin
Selepas ni tak payah lah lagi panjat pokok ye pak! :o)
Mak pulak..semoga bersabar dengan karenah bapak sewaktu sakit ni.


Hari ke 2 bapak di Hospital Sultanah Aminah


Kesian bapak..


Hari ke 4


Alhamdulilah..keadaannya semakin pulih..