Rabu, 21 September 2011

Redha Dengan Ujian Mu (Datang & Pergi)

Salam petang rabu...dh lama rasanya nak berblog tapi masa terlalu padat untuk saya mengN3 cerita saya.
Oleh sebab saya dpt mc seminggu utk merehatkan diri ni saya cuba la jugak luang2kan masa kan.
Berkat doa orang2 tersayang dan doa kawan dan teman di sini juga kan. 
Sebenarnya dari last week kesihatan saya agak terganggu.
Harapan saya & suami untuk mendapat cahaya mata ke 2 mmg terlalu tinggi. Aliff pun dh 1 tahun 6 bulan.Nanny yg jaga Aliff pun btau yg Aliff dah tertonggeng2 cam nk dapat adik. Kelakar gak bila dengar cam tu. Sepanjang Ramadhan saya sibuk dengan oder dari rakan2.  Alhamdulillah setelah buat ujian pregnancy test saya positif mengandung. Syukur alhamdulilah..


Namun berita gembira yang saya  suami dapat pada 3 Syawal yang lepas untuk dapat "orang baru" hanya tinggal kenangan.
Allah menguji kami. Setelah 7 minggu dlm kandungan saya bleeding tidak berhenti.
 Ketika itu sudah ada heartbeat pada kandungan saya. Doktor Suhaila (PSH) yang merawat saya akhirnya memberi ubat utk menggugurkan kandungan krn bayi saya sudah tidak dapat diselamatkan lg.
Sedihnya hanya Allah sj yang tahu. 
Akhirnya pada hari Jumaat 16/9/2011 saya keguguranAllah maha memberi dia juga berhak mengambil balik. 
Innalillahi wa inna ilahirojiun. 
Duhai anakku..ummi sedih sgt kehilanganmu..Tunggu lah Ummi  & Walid di Pintu Syurga Sayang..
Tak tahu dimana silapnya, tak tahu dimana puncanya, apakah kami terlalu leka dengan hal dunia hanya Allah yang maha mengetahui semua ini terjadi.
Saya redha dengan ketentuan Illahi
Untuk pulihkan semula semangat dan emosi saya yang telah hilang seketika saya jumpa artikel ini sekurang2nya ia boleh membantu tenangkan sedikit perasaan saya diwaktu ini
"Ya Allah, berikanlah pahala kepadaku dan gantikan lah aku ujian ini dengan yang lebih baik".
 Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan