Rabu, 30 November 2011

Jom Tengok...

Assalamualaikum dan selamat tengahari...

Aissshhhhh..nmpknya dh tengahari baru smpt nk N3 kan semlm punya cte..Ye la sibuk 

mengemas lepas balik dari KL semalam..

Membasuh, mengemas rumah n juga mengemas 

barang2 yg saya beli kat KL hehe..Nak cite ni akhirnya saya jumpa gak Bake With Yen 

tu..walaupun dh terpusing2 mencari alhamdulillah dipermudahkan. Spi juga saya ke kedai tu .  


Sekurang2nya saya tahu mana kedai yang kwn2 saya selalu cerita tu..




Ni la rupa kedai Bake With Yen tu...kedainya biasa je..cam kedai runcit kat kampung2 tu tp macam2 ada..rasa cam nak angkut bawak balik je kedai tu..:o)


Barang pertama yg saya cari tentunya Beryls Chocolate..



Liquid Glucose


Chocolate Chip


 Muffin Cup






Piping beg


Tepung roti 


Shortening


Badam Almond



Chocolate Chip


Chocolate Rice






Bread Softener


Serbuk Koko



Mould Chocolate bentuk Rose ..(ni yang saya tengah cari2..)


Mould juga (lain design)



Mould Chocolate (lain design juga)



Mould Chocolate lagi



Haaa.....tu dia...

Tu hanya sebahagian...ada lagi yang saya x tunjuk...Klu tunjuk 2 hari 2 malam x abis nak tgk..

So boleh la kawan2 semua buat perbandingan harga...Yang mana mahal tu x payah la 

beli..hehe..

So klu terlanjur g KL tu jgn lupa membeli kat BWY tu..

Isnin, 28 November 2011

KL Oh KL

Assalamualaikum & Selamat malam..
Baru sempat nak update time2 cam ni..saya masih lagi berada di Kuala Lumpur.
Ari ni plan nak ke Ikea..kebetulan KL pun cuti juga..so faham2 je la suasana jalan kat KL ni..sesak dan menyesakkan.  Dengan jalan yng dh byk berubah klu silap lorong memang sesat la jadiknya..begitu juga la yang kami hadapi siang tadi..
Tapi alhamdulilah sampai juga kat Ikea. Dalam Ikea tu 1 hal la pulak...punya ramainya manusia..lagi sekali sesak & menyesakkan..nak pilih barang pun dh susah..Saya memang pening kepala sikit klu berbelanja dengan suasana macam tu..Tanpa lengah lagi saya pun ambik la barang yang betul2 perlu dan terus buat pembayaran..
(pdhal klu ikutkan hati byk lagi yg x perlu yg saya nak beli..)
Tak per la..Ikea...nanti saya datang lagi ye..hehe...



Sempat la posing jap dpn pintu masuk Ikea ni..hehe..
Lepas solat asar kami planning pulak nak ke ICT Shah Alam tapi terpaksa cancel sebab cuaca hujan..Nanti demam pulak kami sekeluarga. So planning bertukar nak ke Sungai Wang pulak..

Tapi akhirnya x jadik gak sebab dh tersangkut dengan jammed spi 1 jam..mood nk bershopping pun dh x der..so kami pun cari tempat makan utk dinner..Jumpa 1 restoran kat Kg Baru. Nama restoran tu Restoran Chinese Food..tengok dari luar restoran memang la menarik.. Dah tentulah pemiliknya org Islam dan pastinya halal..

Selepas tgk menu kami memilih Ikan Kerapu 3 rasa, Sup Shark Fin, Kailan Ikan Masin, Sup Ekor Dan Udang butter. Lagi sekali kami keciwa..oder  dh 1 jam tp makanan x sampai2 lagi ..org yg dh awal dr kami dh dapat dan dah makan pun...Husband saya mula la nak naik angin sebab dh kelaparan..Bila makanan sampai  lagi sekali kami keciwa sebab makanan yg kami oder tu tak memenuhi citarasa kami..(cam juri Master Chef la pulak kan..) Kailan ikan masin dh jadi sawi ikan masin..sup ekor tawar hebeh..(dh x tau nk istilahkan camana lg...)..Memang spoil la trip kami kali ni..

Sok kami plan nak ke Lorong Hj Taib pulak.  Teringin sangat nak ke Bake With Yen sebab kawan2 semua btau kat situ barang2 kek murah.  Tak sabar nak memborong apa yang ada kat BWY tu..

Mudah2an esok semuanya berjalan lancar..tiada kesesakan dan segalanya dipermudahkan.  Amin.. 
.

Ahad, 27 November 2011

Salam Maal Hijrah

Selamat Menyambut Maal Hijrah kpd rakan2 semua..
Semoga hari ini memberii seribu pengertian kepada kita. Dan semoga kita dapat membuat post mortem tentang diri kita pd tahun2 yang lalu..
Jika ada keburukan lbh byk dr kebaikan maka kita perlulah berhijrah.
Bukan utk orang lain...tetapi untuk diri kita sendiri.
Planning saya hari ni hendak ke Kuala Lumpur.  
Dah lama benar rasanya x makan angin & bawak Aliff berjalan-jalan.  
Sbl tu sempat hantar mak n abah ke Parit Botak yang membwa hajat besar nak g meminang untuk abg ipar saya Hanafi.  
Semoga semuanya berjalan lancar. Dan kami meneruskan perjalanan.
Sempat singgah ke Pt Jawa Muar makan asam pedas Haji Yahaya.  
X dapat nk snap gambar asam pedas siakap tu sebab kamera kat kereta. 



Saya sempat snap gambar ni lepas dh siap makan..
gambar2 tu x der kene mengena dgn yg hidup atau yg mati sebab
saya cuma nk tunjukkan signboard Pak yahya Asam Pedas tu jer..ngeeeeee..

Khamis, 24 November 2011

Kursus Pengendalian Makanan

Assalamualaikum..

Pagi tadi saya sempat menghadiri kursus yang  dianjurkan oleh First Wing Business Coroporation Sdn Bhd  di Kompleks Islam Johor.
 Syarikat tersebut diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
 Kursus ini bagus untuk sesiapa sahaja yang terlibat dengan perniagaan makanan. Sayangnya x ramai peserta yang hadir. Memang banyak info dan pengetahuan yang saya dpt dr kursus ini. 
Bukan mudah sebenarnya untuk menjadi pengendali makanan kerana kebersihan adalah perkara asas yang paling penting dalam setiap pembikinan produk. 
Sayangnya saya tidak dapat merakamkan gambar semasa kursus tersebut berjalan.
So x dapatlah kawan2 semua melihat wajah orang yang menyampaikan ceramah tersebut ye :o)

Apa2pun yang penting adalah ilmu yang saya dapat pada hari ini.
 Dan ini lah hasilnya. 
Semoga selepas ini apa yang saya lakukan akan menjadi lebih baik dari hari2 yang semalam.


Mahal ni sijil ni..hehe..

Selasa, 22 November 2011

Menuntut Ilmu 3 - Kelas Chocolate

Selamat petang dan selamat bercuti pada rakyat Negeri Johor sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor. Pastinya semua sedang bergembira dengan kemenangan Harimau Muda yang menewaskan pasukan Indonesia..Tahniah untuk Harimau Muda..Sudah tentunya semangat Malaysia Boleh berkobar2 dalam diri setiap pemain..

Tentunya masing2 dah ada program sendiri untuk mengisi masa lapang hari ini bersama anak2 dan keluarga lain yang tersayang.  Bagi yang tidak bercuti pula selamat menjalankan tugas seperti biasa la yer..
Hari ini saya mengambil kesempatan untuk mengikuti kelas membuat coklat..Seronok rasanya dapat berkongsi ilmu dengan Tuan Sharifah ini.. Tidak kedekut ilmu..macam2 yang dipelajari..bermacam2 pattern yng diajar spi kami semua naik pening & confuse..cuma ingat x ingat je la..seb bek ada snap setiap apa yang dia ajar..















Terima kasih byk2 la Sha ye..next time leh belajar kelas lain pulak.

Isnin, 21 November 2011

Asik Asik Roti

Assalamualaikum..selamat malam semua..

Tentunya diwaktu ini semua mata sedang tertumpu di kaca tv menonton perlawanan akhir bolasepak antara Harimau Malaya pasukan negara kita dan Indonesia.  Marilah kita sama2 mendoakan agar kemenangan berpihak kepada kita.

Sambil2 tengok tv tu jom lah jamu selera dengan roti yang sempat saya sediakan petang tadi..Resipi ini saya dapat dari ...saja saya nk cuba resipi baru..Bahannya lebih mudah disediakan.  Jom layan..







Jumaat, 11 November 2011

Punca hati Tidak Tenteram

Assalamualaikum..

Beberapa hari ni saya lbh banyak membaca berkaitan dengan hati..Mungkin melihat faktor sekeling membuat saya sedikit obses tentang hal ini. Hati kita ni mudah sangat digoda..hati kita ni mudah sangat diperdaya sehingga kadang2 timbul tidak tenteram dalam diri kita sendiri.
Kita ini sebagai makhluk Allah adalah insan yang lemah.

Semoga bingkisan dibawah ini menjadi panduan kepada saya dan untuk adik2 dan kakak2 diluar sana.

Rabu, 9 November 2011

Tenangkan Hati

Hati ini kadang2 selalu tidak tenang..kadang2 hati ini selalu bergundah gulana..kadang2 jiwa ini terasa kosong utk seketika..tak tahu apa sebenarnya yang masih kurang dalam diri ini.. Puas sudah mencari akhirnya ini yang saya temui..


Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Di olah oleh pakar motivasiDatuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah yang sgt kita kagumi

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"


2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki,orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.


3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati jugamenenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi.Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari -Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif -Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah"Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka"

7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan didalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat,aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya -CUBALAH!!

8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk


11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat

14) Berkawan dengan ulama


15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik


17) Menjaga pancaindera (mata, telinga,mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.


Setelah saya baca dan nilai nampaknya terlalu banyak yang kurang dalam hidup saya.. semoga ianya bukan sj menjadi panduan untuk diri saya tetapi juga untuk kita semua dan memperbaiki diri kita menjadi insan yang lebih sempurna. Amin..






Isnin, 7 November 2011

Sebelum Aidil Adha

Assalamualaikum dan selamat petang ...


Rasanya belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada kawan2 semua..


Dh hampir seminggu Aidil Adha berlalu baru la sy sempat uploadkan gambar2 ni..







Oreo tart tempahan dari Kak Haza




Sebahagian tempahan Pandan Muffin, Marble Cheese Cake,


Kek Batik Coklat & Kek Coklat




Alhamdulillah dengan rezekimu Ya Allah..dan dipermudahkan segalanya




Marble Cheese Cake






Oreo Muffin & Marble Cheese Cake















Terima kasih rakan2 semua kerana terus memberikan sokongan pada saya.



Untuk Kak Haza, Zura, Kak Dada, Akma, Mak Kempas dan Lili..


semoga x serik dgn air tanganku ini..


Sayang Kamu Semua ;o)