Rabu, 9 November 2011

Tenangkan Hati

Hati ini kadang2 selalu tidak tenang..kadang2 hati ini selalu bergundah gulana..kadang2 jiwa ini terasa kosong utk seketika..tak tahu apa sebenarnya yang masih kurang dalam diri ini.. Puas sudah mencari akhirnya ini yang saya temui..


Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Di olah oleh pakar motivasiDatuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah yang sgt kita kagumi

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"


2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki,orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.


3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati jugamenenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi.Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari -Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif -Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah"Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka"

7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan didalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat,aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya -CUBALAH!!

8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk


11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat

14) Berkawan dengan ulama


15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik


17) Menjaga pancaindera (mata, telinga,mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.


Setelah saya baca dan nilai nampaknya terlalu banyak yang kurang dalam hidup saya.. semoga ianya bukan sj menjadi panduan untuk diri saya tetapi juga untuk kita semua dan memperbaiki diri kita menjadi insan yang lebih sempurna. Amin..






Tiada ulasan:

Catat Ulasan