Isnin, 27 Januari 2014

Main Bahasa Dengan Anak

Bila anak makin membesar ni memang banyak cabarannya. 
Kadang2 soalan yang ditanya sukar nak dijawab. 
Kebetulan hari ni terbaca dari FB member berkenaan dengan perkara ini. 
Jom kita kongsi2 bagi sape2 yg mempunyai anak yang berusia 4 tahun seperti Aliff.

JAnak 4 tahun sepatutnya lancar bercakap, boleh bersembang dengan orang dewasa dan suka bertanya soalan.


Berikut ialah antara cara yang boleh dilakukan untuk mengembangkan kemahiran otak kiri si anak.

1) teka haiwan.

- binatang apa yang takde kaki?
- binatang apa yang suka melompat?
- binatang apa yang suka makan ikan?


2) menamakan 5 item.

- namakan 5 haiwan yang ada di rumah?
(Cicak, nyamuk, semut, kucing, ikan)
- namakan 5 jenis benda yang dijual di pasar malam.
(Sate, ayam goreng, buah, ikan, mainan)
- namakan 5 jenis kenderaan di jalan raya.
(Kereta, bas, lori, motor, traktor)


3) teka perkataan dari suku kata.

- apa perkataan yang mula dengan ‘ma’
(Main, mandi, mama, masuk, makan)
- apa perkataan yang akhirnya ada ‘kan’
(Makan, ikan, bukan, tekan, sukan)
- apa perkataan yang ada bunyi ‘sss’ kat tengah?
(Kasut, basuh, biskut, pisang, tesco)
* aktiviti ini mesti dibuat secara main-main dan guna memek muka yang kelakar. Kalau tak, ia menjadi bosan.


4) berlakon jadi…
- aktiviti ini lebih menarik jika ada topeng atau puppet. Ibu pegang satu watak dan anak jadi watak lain.
- sembang perkara mudah saja. Contohnya ibu jadi kucing, anak jadi ironman. Jadi ibu kena berlakon dan tanya soalan mudah? ‘Ironman ni dah makan ke belum?’ ‘Iron tinggal kat mana?’

- bermainlah dengan imaginasi anak anda dan anda akan akan dapat jawapan yang tidak

Sumber : Rubyatika

Tiada ulasan:

Catat Ulasan