Khamis, 9 Jun 2011

Kuih Tako

Saya suka sangat dengan kuih tako. Lebih2 lg kalau bulan posa tu nampak ada kat bazar ramadan memang tak pernah 'miss' punya lah...Tapi paham-paham jer la bulan posa..kadang-kadang bila dapat yang sedap diam la mulut saya ni..tapi bila dapat yang rasanya fail tu lah yang buat angin tetiba naik 1 badan.Saya memang tax tau macam mana nak buat kuih tako ni. Selalu gak mencari resipi tapi tak pernah nak cuba. Tapi bila saya tengok resipi kuih-tako ni mudah sangat. Tu yang saya mesti cuba supaya next time saya tak payah nak beli lagi bila teringin nak makan.
Kuih tako yang sudah siap tapi dimasukkan ke dalam bekas.
Sengkuang ditabur dulu di dalam acuan dari daun pandan
Potong sengkuang kecil-kecil
Bancuhan bahagian bawah
Tuang bancuhan dalam acuan dan masak bahagian atas pula
Lelaki pun boleh buat juga, tentu sinang bah!


BAHAGIAN BAWAH

sengkuang cina

1 cawan tepung jangung (diayak)

11/2 cawan gula pasir

6 cawan air

pewarna hijau


BAHAGIAN ATAS

1 cawan tepung jagung (diayak)

6/7 cawan santan segera yang dilarut bersama air

sedikit garam


CARA MEMBUAT

1. Buat acuan dari daun pandan macam bentuk sampan.

2.Campurkan semua bahan untuk bahagian bawah dan kacau atas api hingga pekat. Tuang dalam daun yang telah tersedia sengkuang dipotong kecil.

3. Campurkan semua bahan untuk bahagian atas dan kacau atas api hingga pekat. Tuang dalam daun.

4. Biarkan sejuk dan sedia untuk dihidang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan