Sabtu, 31 Disember 2011

Toys Baru Lagi..

Pagi ni ajak hubby keluar cari ikan kat bandar Pontian. 
Biasanya saya tuju ke tepi sungai kat sana.  
Sebelum tu singgah kejap kat taman permainan kat  tepi laut ni Pontian ni..
Tengok gelagat Aliff tu..













Selepas itu baru lah ke sini...











Niat dihati cuma nak belikan emak kipas ni...


 tapi... boleh pulak hati ni digoda2 dirayu2 dengan yang 1 ini. 
 Dah lama berhajat nak membelinya..tp tak der la sampai x boleh tdo hihi.
dh ujung2 tahun mcm ni mcm tau2 je kan..boleh pulak kedai ni buat sale sok last pulak tu. Rasanya yang lama tu pun belum spi setahun saya gunakan.  
Akhirnya setelah buat perbandingan harga saya terjebak juga membelinya.  
Saya harap saya dapat harga ni berbaloi dengan apa yg saya dapat ini. 
 Yang seronoknya Mr Hubby pun boleh pulak sehati dan sejiwa sukakannnya makin kuatlah hati saya disiat2 untuk membelinya.

Nmpknya selepas ini saya kena bekerja berusaha dgn lbh kuat lg baking membaking ni.  Saya x nak lah yg 1 ini jadi tukun je kat dapur saya.
Mudah2an tahun 2012 Allah memberikan rezeki yang berlipat kali ganda pada kami sekeluarga.
Amin...

Selamat Datang 2012


Lagi beberapa minit kita akan meninggalkan 2011 dan bermula lah hari baru tahun 2012.  Sebagaimana kita semua tahu kita tidak digalakkan terlalu taksub menyambutnya.  
Syukur alhamdulilah..setahun lagi telah berlalu.  Dan esok bermulalah tahun 2012. 
Bagi diri saya sendiri yang pastinya sepanjang tahun 2011 terlalu banyak kenangan pahit dan manis yang saya lalui. 
Segala peristiwa pahit manis akan hanya menjadi kenangan dan ianya akan tersimpan dalam album kepala saya.
Semoga tahun 2012 akan memberi lembaran baru yg lebih baik kepada kita semua.  Dan secara peribadi saya juga berharap 2012 akan lebih mewarnai kehidupan saya sekeluarga dan semoga apa yang saya impikan akan tercapai terutama dalam bidang baking membaking ni.  Amin...

Mudah2an.

Jumaat, 30 Disember 2011

Johor Premium Outlet (JPO)

Salam Jumaat..

Buat masa ini org Johor tgh sibuk berckp pasal JPO ni..
Entah apa keistimewaannya saya snd pun x tau. 
 Sebelum ni setiap kali melalui highway nak balik JB saya selalu nmpk signboard  JPO tu tapi tak tahu apa lah kebendanya JPO tu..
Time JPO tu buat Opening Ceremony baru lah saya tahu apa itu JPO. 
Rupanya outlet utk barang2 berjenama.
 Dah beberapa kali dgn my hubby nak singgah setiap kali balik dr kampung tapi setiap kali itu lah jalan masuk ke JPO tu dh penuh sesak dengan kenderaan.
Terpaksalah kami batalkan niat kami tu..

Pada hari Selasa lepas saya berkesempatan pergi ke sana.
Tu pun selepas kawan sekerja yg mengajak ke sana.  Pergi time lunch. Memang la terkejar2..Saya tak nak komen apa2..hanya gambar2 ini sj menyatakan segalanya...cewahhhhh...

Pemandangan yang sedap mata memandang



Tapi sanggup ker nk beratur panjang cam ni..


dan beratur lagi...



dan beratur lagi di kedai yang lain


nah..amik ko rega getah rambut ni..









Dh tengok kan sebahagian gambar2 tu..so..
renung2kan dan selamat beramal..
Peace yoooooooo...

Khamis, 29 Disember 2011

Kek Marble Pelangi

Resipi ni saya dapat dr kawan seopis dulu.  
Dia sekrg pun dh ddk kat Terengganu sana.  
Cuma sempat bagi resipi ni guna FB je..Terima kasih Lin yer..
Dah sekian lama bg resipi tu baru hari ini dapat mencubanya.


1 kaler hijau

1 kaler pink


Setelah dimarblekan

Jaga punya jaga terhangit la jugak atasnya..huhu


Mabeles x??Mabeleskan...


Alhamdulillah..menjadi lagi dr air tangan ini..

Choco Cheese Marble Cupcake

Assalamualaikum dan selamat tengahari..
Mesti semua sedang sibuk memasak..Saya pulak sibuk berblog yer..hihi..
Sesekali ubah2 selera apa salahnya kan..
Bahan yang sama tapi dimodified sikit tengok apa hasilnya.  
Lagi2 dalam bentuk cupcake ni. Memang menjadi kegemaran anak2. 
Dan kita sendiri pun senang nk makan kan. 
Saya terjumpa resipi ni sewaktu membelek2 resipi time2 cuti cam ni.  
Nak tengok yg asal ada kat sini
Saya pun nak try la juga dari hasil air tangan sendiri ni..
Jom layan..

Bahan A
250gm mentega
250 gm gula castor
6 biji telur
300 ml susu segar
60 gm serbuk koko di ayak
360gm tepung gandum
2 sudu teh baking powder, diayak
 
Bahan B
250gm cheese
60 gm gula castor
1 susu esen vanilla
1 biji telur
Cara:

1. Pukul butter dan gula. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
Masukkan tepung, serbuk koko dan baking powder yang telah diayak. Kemudian masukkan susu segar. Gaul rata.

2. Dalam bekas yang lain, pukul kesemua
 bahan B hingga kembang.

3. Masukan dalam plastik dan potong hujungnya. Pipekan sedikit Bahan A dalam setiap cup. Kemudian pipekan sedikit Bahan B. Pipekan semula bahan A. Dan baki bahan B diletakan sedikit di atas kek sebagai hiasan.

4. Bakar di oven 180 deg C - selama 25 -30 mins. Terus dihidang. Boleh dimakan panas-panas.

Resepi asal diambil dari "Kongsi Resepi"- Choco Cheese Marble Cake...tetapi telah diubah kepada cupcake dan jumlah kandungan bahannya ada yang ditambah. Hasilnya seperti yang tertera di dalam gambar. Cake yang lembut dan gebu. Mudah dan sedap dimakan. Terimakasih kepada kekawan di Kongsi Resepi. Selamat mencuba.
Gambar next time saya upload yer

Rabu, 28 Disember 2011

Try buat Cream Puff

Tekak ni dah lama teringin nk makan cream puff tapi asik tak berkesempatan nak membuatnya.  
Bukannya apa..takut time nk buat ni mood Aliff tidak brp bgs..abis lah projek saja membaking.  
Klu ada walidnya boleh la saya mencubanya. 
Tapi saya luang2kan masa jugak buat hari ini. Alhamdulilah..wp Aliff meragam tetapi menjadik gak Cream Puff saya. 
Cuma ianya nya tak la secantik mana.

Resipi ni saya ambil dari  sini 
Terima kasih tuan empunya resipi ni.  

Jom membaking..

Bahan-bahannya:
250 ml air kosong
100 g butter
130 g tepung gandum
secubit garam
1 sb gula castor
3 biji telur

Cara membuatnya:
1. Masukkan air dalam periuk kecil, panaskan. Apabila sudah meruap masukkan butter. Kacau sesekali sampai butter cair.
2. Satukan tepung dengan garam dan gula, masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam periuk tadi, kacau dengan sudip kayu sampai semua tepung sebati dan tidak melekat di dinding periuk. Tutup api.
3. Biarkan seminit dua, kemudian barulah dipukul dengan pemutar elektrik adunan tadi. Masuk telur satu demi satu. Pukul sampai sebati dan likat lebih kurang 7-10 minit.
4. Panaskan oven.
5. Sediakan piping bag yang sudah pun dipasang nozel close star tip size L dan masukkan adunan tadi ke dalam piping tadi, sesedap tangan memegangnya (setengah plastik saja).
6. Picit adunan dan bentukkan seperti sanggul (bersimpul), anggaran sebesar telur ayam.
7. Bakar dengan suhu 150 C, lebih kurang 30 minit atau sehingga bertukar warna perang keemasan.
8. Biarkan sejuk (suhu bilik) baru digunting sedikit cream puff ini dan paipkan inti kastad pula.

Krim Kastad Lemak Manis

Bahan-bahannya

1 cawan susu segar (suhu bilik)
1 sb tepung gandum
1 sb tepung jagung
3 sb gula castor
1 telur
1 sb mentega
sedikit esen vanilla

Cara membuatnya
1. Tuang susu segar dalam periuk dan masukkan tepung gandum, tepung jagung, gula dan telur. Pukul dengan pemukul tangan sampai sebati.
2. Masakkan di atas api sederhana saja sampai adunan meruap, masukkan butter. Kacau lagi sampai sebati. Tutup api dan biarkan sejuk. Masukkan dalam piping bag dan picitkan ke dalam cream puff


Belum reti lagi nk menggubah Cream Puff ni..
kira dah paling cantik la ni hihi..


Dalam oven..makin meninggi la pulak sbb terlupa nk tekan sikit kat atasnya tu
 

beginilah kejadiannya..kurang menarik sikit


Ni pulak Krim Kastadnya...mmg sdpppp


Selepas disolek dan disapu bedak hihi..


Taraaaaa...tu hasilnya..sila la yer...