Isnin, 19 Disember 2011

Petua Membersihkan Hati




Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati.
 
Saya selalu berdoa dan bermohon pada Allah s.w.t agar hati saya sentiasa terjaga, sentiasa
 
 terpelihara dari sifat2 dengki, khianat, iri, cemburu dan sebagainya.
 
Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Saya memang
 
 suka merujuk sumber2 dari pakar motivasi kita yang amat dikagumi iaitu Dato' Haji Fadzilah
 
 Kamsah.
1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh

berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini

 merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Di samping dosa-dosa diampunkan,

otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara

kebaikan.

3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan

menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh,

penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri,

merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah

 "Aku sebenarnya... ... (perkara yang elok- elok belaka)

7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam

 mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi

 baik,berjaya, ceria, bersemangat,aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut

 sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya -
 
8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara

kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai

hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut... dsb), jangan dengar orang mengumpat.

Semoga kita semua mendapat manfaat dari apa yang telah saya tuliskan diatas.

Yang baik tu datangnya dari Allah, dan yang buruk itu datangnya dari diri kita sendiri. 

 Oleh itu bersihkanlah hati bersihkan lah jiwa.

Senyum tak perlu kata apa2..hehe...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan