Rabu, 28 Disember 2011

Try buat Cream Puff

Tekak ni dah lama teringin nk makan cream puff tapi asik tak berkesempatan nak membuatnya.  
Bukannya apa..takut time nk buat ni mood Aliff tidak brp bgs..abis lah projek saja membaking.  
Klu ada walidnya boleh la saya mencubanya. 
Tapi saya luang2kan masa jugak buat hari ini. Alhamdulilah..wp Aliff meragam tetapi menjadik gak Cream Puff saya. 
Cuma ianya nya tak la secantik mana.

Resipi ni saya ambil dari  sini 
Terima kasih tuan empunya resipi ni.  

Jom membaking..

Bahan-bahannya:
250 ml air kosong
100 g butter
130 g tepung gandum
secubit garam
1 sb gula castor
3 biji telur

Cara membuatnya:
1. Masukkan air dalam periuk kecil, panaskan. Apabila sudah meruap masukkan butter. Kacau sesekali sampai butter cair.
2. Satukan tepung dengan garam dan gula, masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam periuk tadi, kacau dengan sudip kayu sampai semua tepung sebati dan tidak melekat di dinding periuk. Tutup api.
3. Biarkan seminit dua, kemudian barulah dipukul dengan pemutar elektrik adunan tadi. Masuk telur satu demi satu. Pukul sampai sebati dan likat lebih kurang 7-10 minit.
4. Panaskan oven.
5. Sediakan piping bag yang sudah pun dipasang nozel close star tip size L dan masukkan adunan tadi ke dalam piping tadi, sesedap tangan memegangnya (setengah plastik saja).
6. Picit adunan dan bentukkan seperti sanggul (bersimpul), anggaran sebesar telur ayam.
7. Bakar dengan suhu 150 C, lebih kurang 30 minit atau sehingga bertukar warna perang keemasan.
8. Biarkan sejuk (suhu bilik) baru digunting sedikit cream puff ini dan paipkan inti kastad pula.

Krim Kastad Lemak Manis

Bahan-bahannya

1 cawan susu segar (suhu bilik)
1 sb tepung gandum
1 sb tepung jagung
3 sb gula castor
1 telur
1 sb mentega
sedikit esen vanilla

Cara membuatnya
1. Tuang susu segar dalam periuk dan masukkan tepung gandum, tepung jagung, gula dan telur. Pukul dengan pemukul tangan sampai sebati.
2. Masakkan di atas api sederhana saja sampai adunan meruap, masukkan butter. Kacau lagi sampai sebati. Tutup api dan biarkan sejuk. Masukkan dalam piping bag dan picitkan ke dalam cream puff


Belum reti lagi nk menggubah Cream Puff ni..
kira dah paling cantik la ni hihi..


Dalam oven..makin meninggi la pulak sbb terlupa nk tekan sikit kat atasnya tu
 

beginilah kejadiannya..kurang menarik sikit


Ni pulak Krim Kastadnya...mmg sdpppp


Selepas disolek dan disapu bedak hihi..


Taraaaaa...tu hasilnya..sila la yer...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan