Rabu, 28 Disember 2011

Sedapnya Epok2 @ Karipap

Org Johor ckp epok2..klu org luar johor kata karipap..
Apa pun sebutannya rasanya tetap sedap dan tetap sama. 
Saya memang tersangatlah sukanya makan karipap.  
Epok2 ni tak la cantik sangat pun dibandingkan kuih2 moden sekrg ni tapi entah lah mungkin sebab ketradisionallannya (ada ke ayat ni.hihi.) tu yg buat saya boleh habis makan berkeping2 la jugak..
Bila hari ni ambik cuti terasa la teringinnya nak membuat sendiri karipap ni.  
Nak tunggu time kenduri kendara kat kampung mmg berjanggut la jawabnya kan..hihi...

Jom tengok apa resipinya..resipi ni saya gali2 dari resipi K.Noraini

Bahan-bahan doh:
600 gm tepung gandum
130 gm majerin
150 ml air
1/2 sudu teh garam

Bahan-bahan inti :
7 biji kentang bersaiz sederhana, dipotong dadu kecil-kecil
100 gm daging cincang
1/2 biji bawang besar, dicincang
2 ulas bawang putih, dicincang
2 sudu besar serbuk kari
air secukupnya
garam dan perasa secukupnya
sedikit minyak untuk menumis

Cara membuat doh :
1. Air dan garam dilarutkan.
2. Gaulkan majerin ke dalam tepung hingga rata.
3. Tuangkan air sedikit-sedikit hingga menjadi doh.
4. Uli sebentar hingga doh agak licin. Cubitkan doh sebesar bola ping-pong dan rehatkan doh 15 minit. Tutup bekas dengan plastik.
5. Canaikan doh dan masukkan inti. Kelim tepinya dan susun atas dulang. Buat begitu sehingga adunan habis.
6. Setelah siap, bolehlah digoreng. Selebihnya bolehlah disimpan di dalam peti sejuk.

Cara membuat inti :
1. Tumiskan bawang hingga kuning dan masukkan serbuk rempah kari.Masukkan daging dan biarkan ia empuk. Tambah sedikit air.
2. Masukkan kentang yang telah dipotong dadu. Tambahkan air dan biarkan ia masak perlahan-lahan.
3. Apabila air telah kering, masukkan garam dan perasa. Angkat apabila kentang telah empuk. Sejukkan sebelum digunakan. 

Ni la hasilnya..


Saya buat inti kentang je..

Doh yang dh siap

Under progress hihi..

Tu dia..dh siap pun ..acuan mmg x der..
so guna jari pun boleh..


Ni lak saya dh siap utk difrozenkan..kira2 leh tahan sebulan la...

Taraaa..dh siap pun goreng..

Jom..jemput makan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan