Khamis, 8 Disember 2011

Apa Yang Kita Mahu

Pernahkah kalian terfikir apa yang kalian mahukan dalam hidup ini..walaupun dh punya
 
rumah besar, kereta besar, anak ramai, suami yang baik dan penyayang tapi masih lagi rasa
 
 samar dan blur apa yang kalian mahukan dalam hidup.
 
Ada yang clumsy macam saya ni kan , ada yang ikut saja arus mana nak pergi, ada juga
 
 yang fikir "ah biar la apa nak jadi...as long as aku hidup boleh survive cukup la..", ada yang
 
berkata." aku nak kaya ,kalau dah kaya raya baru aku rasa hidup aku ni bahagia.."dan
 
macam-macam lagi lah.
Apa yang kawan-kawan mahu ?
 
Mungkin ramai yang menjawab "ENTAH YE..tak sure apa yang saya mahu"...
Adakah anda tersenarai dibawah ini:
 
mahu isteri, suami, kekasih yang kacak & bergaya sahaja?
 
mahu pasangan yang beriman, penyayang, bertggjwb dan yg sewaktu dgnnya?
 
mahu dikenali atau disanjung?
 
mahu menjadi kaya raya dan jutawan dengan sekelip mata?
 
mahu anak-anak yang cantik dan comel dan bijaksana?
 
mahu bahagia & berseronok2 tanpa ada masalah?
 
mahu badan yang sihat hingga ke ke hujung nyawa?
 
mahu menjadi pem'baker's yang berjaya?
 
ataupun mahu hidup dengan apa yang ada asal diredhai oleh Allah....
 
Tak kisah apa yang kita mahukan asalkan ianya masih dalam norma2 kehidupan
 
 kita.  Bersyukur dengan apa yang telah Allah berikan kepada kita.  Allah tidak
 
 akan memberikan sesuatu kepada hambanya sekiranya ianya mendatangkan
 
 keburukan.Jika masih belum lagi tercapai apa yang anda mahukan mungkin ada
 
 sebabnya.  Kuatkan lah azam dan yakin pada diri sendiri yang kita mampu
 
mencapainya.  Yang penting hatrus berdoa dan tawakal. Hidup yang penuh
 
keberkatan dan yang diredhai pasti akan membuat kita lebih bahagia.
 
Insyaallah. Tidak perlulah kita menyalahkan takdir, mengeluh serta menyalahkan
 
 itu dan ini. Sebab itu semua tak kan membawa kita ke mana.mana. Yang
 
 penting kita hars bersyukur dan besyukur dengan nikmat yang telah Allah
 
berikan kepada kita. Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan