Isnin, 31 Oktober 2011

Lempeng & Kentang

Hujan2 macam ni terfikir makan apa yg sedap kan..terlintas la kat kepala ni sebab dlm peti ais ada sardin yg masih berbaki..boleh la buat lempeng..dah lama benar rasanya x makan makanan tradisional ni..

Aliff pulak saya gorengkan kentang,sausage & colleslaw..tapi kentang & sausage jer yg dia makan sbb Aliff tu bukan suka makan yg lembik2 ni...Akhirnya saya gak yg makan...camanalah umi dia ni x jadi size XXL kan..:o(


Ni umi punya>>

Bahan2nya:

2 cawan tepung gandum
3 cawan air
Sedikit garam
Sedikit minyak untuk menggoreng

Caranya :

Bancuh tepung dengan air..Jika adunan pekat tambahkan lagi air ..Lagi cair lg bagus sbb ia akan menghasilkan lempeng yg nipis..masukkan garam..Adun hingga sebati.
Panaskan minyak.
Bila dh panas boleh la masukkan sesenduk adunan tadi.
Ratakan dlm kuali supaya nipis.
Bila dh kekuningan boleh la diangkat.



Ni pulak Aliff punya..

Bahan2nya;

2 biji kentang (dibersihkan & direbus hingga lembut)
2 pcs sausage (direbus))
Sayur campur
Sedikit mayonaise
Sedikit tepung gandum
1 biji telur
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng


Caranya :
Sementara tunggu kentang empuk adun tepung & sedikit serbuk kunyit & garam.
Bila kentang dh empuk toskan. Tunggu la sejuk dulu bau hiris tipis2 yer..karang melecur pulak tangan yg manis tu..le
Dalam bekas lain pukul telur hingga sebati.
Kemudian celupkan kentang tadi ke dalam bancuhan telur
Angkat dan celupakan pula dalam tepung yg telah disebatkan tadi
Panaskan minyak & boleh la di goreng. Bila dah kekuningan boleh la diangkat
dan dihidangkan..siap...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan