Khamis, 27 Oktober 2011

Paru Hati Ku


Paru ni saya dh beli 2 3 hari yg lepas tp bleh terlepas pandang lak sy nak memasaknya..Nmpk sgt dh penuh peti ais tu spi terlupa ada si paru yg dh siap rebus ni..Paru ni sedap goreng & makan begitu sj..(cam penah dgr je ayat tu kan..hehe..)

Jom layan Paru Goreng

Bahan2nya:

Paru (ikut suka brp byk nak)
Tepung gandum
Telur
Serbuk Kunyit
Garam
Perisa (pak aji)
Minyak untuk menggoreng

Caranya:

Rebus paru dulu sehigga empuk..(pastikan gas cukup..hehe..)
Dh agak empuk tu angkat dan toskan
Sementara tunggu paru tu sejuk bolehlah adun tepung campurkan sedikit serbuk kunyit, garam & perisa.
Pukul telur dalam bekas lain.
Bila paru dh sejuk potong la tipis2 (senang nk makan bg yg x der gigi cam saya ni.)
Panaskan minyak.
Masukkan paru yg dipotong tadi ke dalam telur n celup dlm adunan tepung tadi
Minyak dah panas bolehlah digoreng spi kekuningan.
Dah siap...


Yg dlm tupperware ni untuk hubby n the gang kat opis tu..yg lain dh selamat dimakan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan