Khamis, 29 Disember 2011

Choco Cheese Marble Cupcake

Assalamualaikum dan selamat tengahari..
Mesti semua sedang sibuk memasak..Saya pulak sibuk berblog yer..hihi..
Sesekali ubah2 selera apa salahnya kan..
Bahan yang sama tapi dimodified sikit tengok apa hasilnya.  
Lagi2 dalam bentuk cupcake ni. Memang menjadi kegemaran anak2. 
Dan kita sendiri pun senang nk makan kan. 
Saya terjumpa resipi ni sewaktu membelek2 resipi time2 cuti cam ni.  
Nak tengok yg asal ada kat sini
Saya pun nak try la juga dari hasil air tangan sendiri ni..
Jom layan..

Bahan A
250gm mentega
250 gm gula castor
6 biji telur
300 ml susu segar
60 gm serbuk koko di ayak
360gm tepung gandum
2 sudu teh baking powder, diayak
 
Bahan B
250gm cheese
60 gm gula castor
1 susu esen vanilla
1 biji telur
Cara:

1. Pukul butter dan gula. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
Masukkan tepung, serbuk koko dan baking powder yang telah diayak. Kemudian masukkan susu segar. Gaul rata.

2. Dalam bekas yang lain, pukul kesemua
 bahan B hingga kembang.

3. Masukan dalam plastik dan potong hujungnya. Pipekan sedikit Bahan A dalam setiap cup. Kemudian pipekan sedikit Bahan B. Pipekan semula bahan A. Dan baki bahan B diletakan sedikit di atas kek sebagai hiasan.

4. Bakar di oven 180 deg C - selama 25 -30 mins. Terus dihidang. Boleh dimakan panas-panas.

Resepi asal diambil dari "Kongsi Resepi"- Choco Cheese Marble Cake...tetapi telah diubah kepada cupcake dan jumlah kandungan bahannya ada yang ditambah. Hasilnya seperti yang tertera di dalam gambar. Cake yang lembut dan gebu. Mudah dan sedap dimakan. Terimakasih kepada kekawan di Kongsi Resepi. Selamat mencuba.
Gambar next time saya upload yer

Tiada ulasan:

Catat Ulasan