Isnin, 5 Disember 2011

Kelebihan Kebaikan Strawberi

Assalamulaikum,

Hari ini saya terpaksa mengambil cuti kecemasan sebab aliff demam.
Tak sedap pulak nak tinggalkan kat baby sitter.
Maybe letih sangat sebab semalam asik main bola masa kat kampung.
Sementara saya tunggu dia tidur ni saya nak sembang la sikit pasal kelebihan strawberi ni.  Patutnya saya cerita masa saya baru balik dr Cameron Higland hari tu kan hehe..
Saya memang suka dengan buah ni sebab rasanya yang masam2 manis. 


Sebenarnya buah yang berwarna merah ini menandakan bahawa buah ini kaya dengan

 pigmen warna anosianin dan mengandungi antioksida yang sangat tinggi.

 Buah ini telah terbukti kaya dengan Vitamin C, serat,rendah kalori, folat, potassium serta

asid ellagic.

Dengan mengambil 8 biji setiap hari bermakna keperluan Vitamin C dan serat orang dewasa

 telah mencukupi.

Selain daripada itu juga di percayai mampu mencegah kanser payu dara dan saluran rahim.


Beberapa kebaikan lain adalah,

1. Menyusutkan kadar kandungan kolesterol (bagus tu.)

2. Membantu melumpuhkan keaktifan kanser kerana asid ellagic yang terdapat di dalamnya.

3. Menahan berlakunya gejala strok (antara penyakit yang ditakuti)
4. Mengandungi zat anti alergi dan anti radang.
5. Konsentrasi 7 zat anti oksida yang ada pada buah ini merupakan buah yang efektif

mencegah proses oksida pada tubuh kerana radikal bebas sehingga mengurangkan proses

penuaan.
6. Kaya  Vitamin C yang berguna untuk tumbesaran anak.
7. Hanya sedikit mengandungi gula sehinggakan sesuai utk pengidap diabetes
8. Jika dimakan secara teratur boleh menghaluskan kulit dan membuatkan warna kulit

kelihatan cerah dan bersih dan mencegah berlakunya kedutan.

(tang ni yang nk dgr ni..tp klu hari2 beli boleh miss susu aliff ni...strawberi dh la mahal...)
9. Boleh dijadikan sebagai pemutih gigi dengan menghancurkannya kemudian ditempelkan
 pada gigi selama satu atau dua minit, kemudain gosok dengan menggunakan berus gigi

secara menyeluruh.  Mampu juga melawan gout dan radang sendi.
10.  Zat astringent yang terdapat pada daun strawberi berkhasiat untuk menghentikan

serangan cirit birit, caranya dengan meminum tiga hingga 4 cawan air hasil rebusan daun

strawberi.
(Sumber saya baca dari Majalah Sedap Keluaran 421 )
So selepas dari hari ini boleh lah kita amalkan makan buah strawberi ni.

 Walaupun mungkin tidak hari2 tetapi sekurang2nya kalau g Jusco ke Tesco ke..pasar

malam ker klu dh ternmpk buah strawberi tu apa salahnya ambil 1 pack.

Kan utk kesihatan kita juga betul tak.



Cenyum la sket..hehe...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan