Jumaat, 23 Disember 2011

Pernahkah Anda??

Assalamualaikum dan salam Jumaat semua.

Dah baca tajuk kat atas tu kan??
Pernahkan kawan2 semua mengalami perkara yang sama macam saya.
Mencari barang hilang di dalam rumah. 
Saya sejak malam tadi mencari wrapping coklat saya yang saya beli di KL tempohari.  Padahal saya baru je nampak minggu lepas.
Semua tempat dh saya cari dan geledah boleh tak nampak la pulak benda Allah tu..
Aduhai..Tension betul kepala otak bibik ni...
Baru berangan nak pack coklat bar malam tadi...
Pelik tul la..Orang kata kalau barang yg kita cari2 tu tak jumpa kena sorok jin..Waullahualam..
Selawat dah baca..Allahuma Yasir Wala Tu Assir pun dah baca tapi tak jumpa2 juga.
 Petang ni terpaksa cari lagi..kalau dh confirm tak ada & perasaan M dh mula kuar terpaksalah juga beli yang lain.

Apakah saya ni dh jadi org yg pelupa ataupun saya dh salah letak.  Apapun jom saya share kan di sini apa yang boleh kita amalkan bila barang2 kita hilang. 

Ada satu senjata berbentuk doa yang menjadi amalan para awliya’ dan solihin yang terdapat di dalam kitab Bustanul Arifin (Taman Orang-orang yang A’rifin / Ahlillah / Awliya’ Allah) tulisan Imam an Nawawi. Imam Nawawi meriwayatkan doa ini daripada kitab Risalah al Qusyairiah tulisan Imam Abul Qasim al Qusyairi radiyAllahu anhu di dalam bab ‘Karamah Awliya’. Doa itu adalah:

“ Ya Jami’an Naasi li yaumil la raiba fihi, ijma’ alayya dhollati”

Maksudnya: “ Wahai Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya,himpunkanlah aku dengan barang aku yang hilang itu.”

Berkata Imam Nawawi:
“ Sebenarnya doa ini telah saya cuba maka saya mendapatinya sangat bermanfaat dan menjadi sebab untuk mencari barang yang hilang itu dengan tidak bersusah payah mencarinya. Barang itu juga tidak jauh dari tempat yang kita sangka. Saya juga telah mendengar perkara yang sama daripada Sheikh al Hafiz Abu Baqa’ ketika beliau mengajarkan doa ini dahulu kepada saya.”

Amalkan doa ini selepas solat atau bila-bila masa. Saya sendiri mempunyai pengalaman yang ajaib apabila mengamalkan doa ini. Setakat ini, setiap barang saya yang hilang semuanya telah dijumpai setelah membaca doa ini. Itupun dengan izin Allah dan ikhtiar kita dengan membaca doa yang telah menjadi amalan para awliya’ ini! Alhamdulillah!!!

Silalah amalkan! Insya Allah barang anda yang hilang akan dijumpai!!!

Nanti kalau dh jumpa saya tunjukkan gimana rupanya wrapping coklat tu ye..

Mudah2an..Amin

:o)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan